Bagaimana nak
berhenti merokok??
Saya percaya,keinginan untuk berhenti
merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok.Ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti tetapi, ramai yang
gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, tidak lama kemudian.. mereka akan menghisap rokok semula.
Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Aduii camne ni.. takpelah, lama-lama nanti aku stop laa".
Maaf brader! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku Apabila... Nafas Anda Berhenti.
(Faham kan?)
Emm.. kita sedia maklum dan mengetahui walaupun kesan buruk merokok telah di
ketahui ramai namun,bilangan perokok di seluruh dunia tidak melihatkan
banyak penurunan...
Rakyat negara maju dicatatkan semakin kurang merokok
dan perokok di negara membangun seperti Malaysia pula semakin meningkat...
Amerika
syarikat menurun 50%,bilangan perokok pada 1965 (42%) dan menurun menjadi
(20.8)pada tahun 2006.
Dianggarkan 1.1 billion perokok seluruh dunia mengisap 5.5
trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun...
Asia tenggara mancatatkan 44%lelaki dan 14% wanita yang merokok.
Rakyat China pula penghisap rokok yang terbanyak iaitu 1.64 trilion batang
rokok berbanding Amerika Syarikat yang hanya 451 billion batang rokok setahun
Mengapa tembakau dan merokok menjadi
isu utama?
Tembakau
adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang
tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
Asap rokok
mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
Lebih kurang
63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Adakah terdapat data mengenai kesan
merokok di Malaysia?
Lebih kurang
50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
Lebih kurang
20% remaja adalah perokok
85 % remaja
akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
Dianggarkan
3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan
dengan merokok
Untuk berhenti merokok kita perlu mengetahui apakah yang menyebabkan ketagihan
rokok
Rokok
mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
Menghisap
rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
Bagaimana merokok itu membahayakan?
Asap rokok
mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
Lebih kurang
63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah
Adakah kesan buruk merokok hanya
tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?
Ya, orang
lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika terhidu asap
yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit
lelah,penyakit jantung dan lain-lain.
Bagaimana nak berhenti merokok??
Klik banner di bawah dan dapatkan tips-tips dari mereka yang telah berhenti merokok dengan jayanya. Anda tak akan menyesal kerana dengan berhenti merokok anda telah meningkatkan kualiti hidup anda dan membentuk imej yang baik di mata masyarakat.