UUM-ATC

Jom Sambung Belajar!

Job From Home

Wednesday, 17 October 2012

Nak berhenti merokok?




Bagaimana nak berhenti merokok??


Saya percaya,keinginan untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok.Ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, tidak lama kemudian.. mereka akan menghisap rokok semula.

Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Aduii camne ni..  takpelah, lama-lama nanti aku stop laa". 

Maaf brader! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku Apabila... Nafas Anda Berhenti.
(Faham kan?)

Emm.. kita sedia maklum dan mengetahui walaupun kesan buruk merokok telah di ketahui ramai namun,bilangan perokok di seluruh dunia tidak melihatkan banyak  penurunan... 

Rakyat negara maju dicatatkan semakin kurang merokok dan perokok di negara membangun seperti Malaysia pula semakin meningkat...

Amerika syarikat menurun 50%,bilangan perokok pada 1965 (42%) dan menurun menjadi (20.8)pada    tahun 2006.
Dianggarkan 1.1 billion perokok  seluruh dunia mengisap 5.5 trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun...

Asia tenggara mancatatkan 44%lelaki dan 14% wanita yang merokok.
Rakyat China pula penghisap rokok yang terbanyak iaitu 1.64 trilion batang rokok berbanding Amerika Syarikat yang hanya 451 billion batang rokok setahun 
                              
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
                              
Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok

Untuk berhenti merokok kita perlu mengetahui apakah yang menyebabkan ketagihan rokok

Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Bagaimana merokok itu membahayakan?

Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?

Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah,penyakit jantung dan lain-lain.

Bagaimana nak berhenti merokok??

Klik banner di bawah dan dapatkan tips-tips dari mereka yang telah berhenti merokok dengan jayanya. Anda tak akan menyesal kerana dengan berhenti merokok anda telah meningkatkan kualiti hidup anda dan membentuk imej yang baik di mata masyarakat.


No comments:

Post a Comment